MAKLUMAT KEMATIAN PESARA PKNS - ALLAHYARHAM MOHD RAMLAN BIN MOHD RAPI
Assalamualaikum WBT / Salam Sejahtera,
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan rasa sedih dimaklumkan bahawa pesara PKNS iaitu Allahyarham Mohd Ramlan bin Mohd Rapi telah pulang ke rahmatullah pada 5 Mei 2026 (Selasa) pukul 1.35 petang di Hospital Shah Alam.
Allahyarham telah bersara pada 20 Januari 2023 dan perkhidmatan terakhir di Bahagian Khidmat Sokongan.
Allahyarham juga merupakan suami kepada Puan Mimi Marlina binti Baharuddin (Bahagian Kawalan Kredit) dan bapa kandung kepada Encik Muhammad Ridhwan bin Mohd Ramlan (Bahagian Kawalan Kredit) serta bapa mentua kepada Puan Adila binti Waris (Bahagian Pengurusan Tanah).
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham di atas kehilangan insan tersayang.
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman"..
Al Fatihah