Edaran Hadiah Sempena Sambutan Hari Pekerja kepada semua Ahli PKP PKNS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada seluruh Ahli PKP yang disayangi,
Sempena sambutan Hari Pekerja yang bakal tiba, Pihak Jemaah Pentadbir PKP PKNS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi, komitmen, dan sokongan padu yang telah anda berikan kepada PKP sepanjang tahun ini.
Sebagai tanda penghargaan, pihak Biro Pengurusan Kebajikan akan mengedarkan hadiah sempena Hari Pekerja kepada semua ahli. Memandangkan kita masih dalam tempoh Bekerja Dari Rumah (BDR), edaran akan dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kelancaran proses agihan.
Berikut merupakan jadual edaran bagi sesi tersebut:
Tarikh Blok Waktu
29 April 2026 (Rabu) Blok C & D 12:30 PM – 2:00 PM
30 April 2026 (Khamis) Blok A, B & Lain-lain 12:30 PM – 2:00 PM
Butiran Pengambilan:
Lokasi: Bilik Persatuan, Tingkat 1, Blok D.
Kehadiran: Mohon kerjasama wakil setiap bahagian untuk hadir pada waktu yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses edaran.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Suriyani Ismail di talian 012-2842794.
Terima kasih atas kerjasama anda semua. Selamat menyambut Hari Pekerja!