Keahlian PKP PKNS
Cara untuk menyertai dan manfaat keahlian
1) KEAHLIAN
- Terbuka kepada semua Pegawai dan Kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor termasuk mereka yang dipinjamkan ke Syarikat Anak atau ahli-ahli yang diserapkan tetapi terus berkhidmat dengan Syarikat Anak yang diperbadankan.
2) AHLI BERSEKUTU : SYARAT
- Jemaah pentadbir boleh meluluskan permohonan dari bekas ahli biasa menjadi ahli bersekutu dari masa ke semasa dari permohonan yang diperlu.
- Hendaklah membayar wang sebanyak RM7.20 (Yuran bagi 6 bulan) sebagai wang cagaran yang akan disimpan oleh Persatuan selain dari wang yuran bulanan.
- Tidak dibenarkan menjadi Pegawai atau jawatankuasa persatuan dan juga tidak berhak mengundi.
- Setiap ahli hendaklah patuh kepada Undang-undang Tubuh Persatuan. Setiap ahli mestilah Warganegara Malaysia.
3) PERMOHONAN MENJADI AHLI
- Setiap permohonan menjadi ahli biasa dan bersekutu dikehendaki membayar wang daftaran sebanyak RM2.00. Bayaran ini hendaklah disertakan dengan borang permohonan menjadi ahli yang dikeluarkan oleh Persatuan. Pemohon yang mengaturkan supaya membayar wang pendaftaran menjadi ahli melalui potongan gaji adalah sah menjadi ahli setelah wangnya diterima dan resit rasmi dikeluarkan.
- Yuran bulanan sebanyak RM2.50 bagi ahli yang berdaftar sebelum jun 2017 dan sebanyak RM4.50 bagi ahli yang berdaftar selepas julai 2017 hendaklah dibayar tiap-tiap bulan. Ahli juga boleh mengaturkan pembayaran bulanan melalui potongan gaji.
4) TUNGGAKAN
- Segala bayaran atau tunggakan yuran hendaklah dijelaskan oleh ahli dengan segera. Ahli boleh juga mengatur supaya bayaran atau tunggakan yuran dibuat melalui potongan gaji.
5) BERHENTI MENJADI AHLI
Seseorang ahli itu terhenti keahliannya apabila :
- Meninggal Dunia
- Berpindah keluar daripada Negeri Selangor
- Gila yang berkekalan
- Dihukum kerana kesalahan dan dibuang kerja oleh Mahkamah atau Majikan
- Meminta berhenti menjadi ahli
- Dipecat kerana melanggar undang-undang Persatuan
- Berhenti berkhidmat dengan majikan seperti FASAL 8A
- Tarikh Kuat Kuasa Gugur Keahlian :- Tarikh kuat kuasa gugur menjadi ahli akan ditetapkan oleh Jemaah Pentadbir.
- Menjadi Ahli Semula :- Ahli yang dipecat atau yang terhenti keahliannya di bawah FASAL 11A, v, vi dan vii boleh memohon semula untuk menjadi ahli dengan syarat mengikut FASAL 9.
Hubungi Kami
Ingin tahu faedah keahlian?
Lihat senarai lengkap faedah dan kelebihan menjadi ahli PKP PKNS.
Lihat Faedah Keahlian →