Tentang Kami
Persatuan Kebajikan Pekerja PKNS
Persatuan Kebajikan Pekerja PKNS (PKP PKNS) ditubuhkan untuk memastikan kebajikan pekerja PKNS sentiasa terjaga dan dipelihara. Kami berkomited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua ahli.
Tujuan penubuhan Persatuan Kebajikan Pekerja PKNS adalah seperti berikut :
- Menggalak dan mempertingkatkan perasaan taat setia kepada Kerajaan Malaysia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan PKNS.
- Membantu perbelanjaan kematian ahli dan tanggungnya serta perkara yang difikirkan sesuai.
- Memberi pertolongan serta bantuan tenaga dan kebendaan atas kesulitan ahli serta keluarganya.
- Berusaha menambah sumber kewangan Persatuan secara halal.
- Merapatkan hubungan muhibah dan menyatukan sekalian ahli Persatuan dengan majikan.
- Menggalakkan ahli Persatuan supaya sentiasa tolong menolong di antara ahli-ahli dalam hal ehwal kematian, kemalangan dan kebajikan.
- Memberi lain-lain bantuan yang difikirkan perlu dan sesuai yang diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan dari masa ke semasa kepada ahli.
Maklumat Persatuan
📋
Nama Rasmi
Persatuan Kebajikan Pekerja PKNS
🏛️
Singkatan
PKP PKNS
📍
Ibu Pejabat
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Shah Alam
📧
Emel
pkp@pkns.gov.my
📞
Telefon
03-55250300