Faedah Keahlian

Kelebihan menjadi ahli PKP PKNS

Faedah untuk Ahli PKP PKNS

💔

Bantuan Kematian

Bantuan kematian kepada Ahli, Isteri / Suami Ahli, Anak lelaki di bawah umur 21 tahun yang tidak bekerja, Anak lelaki/perempuan yang cacat dan tidak boleh membuat kerja yang mana ditanggung oleh ahli, Anak perempuan yang belum bersuami/ janda yang menjadi tanggungan ahli, Anak lelaki/perempuan di bawah umur 12 tahun, Anak kandung/anak angkat ahli yang sah sedang belajar di sekolahtinggi dan ditanggung oleh ahli, Ibu/bapa atau ibu/bapa mertua ahli, Datuk, nenek suami atau isteri yang ditanggung oleh ahli sara hidupnya yang tidak tinggal serumah.

💍

Bantuan Perkahwinan

Seseorang yang bujang setelah menjadi ahli Selama tidak kurang daripada satu tahun

💵

Bantuan Khas

Persatuan boleh mengeluarkan Bantuan Khas berupa sejumlah wang tidak melebihi RM10,000/- kepada seseorang ahli, bagi tujuan kebajikan (di bawah fasal 4.g) dan wang ini bukannya datang dari sumbangan yuran ahli. Kadar bayaran ini akan diputuskan oleh Jemaah Pentadbir Persatuan.

🏫

Saguhati Pendidikan (UPSR & PMR)

UPSR: RM40.00 (Tambahan RM30.00 jika diterima masuk Asrama Penuh). | PMR: RM50.00 (Tambahan RM50.00 jika diterima masuk Asrama Penuh).

🎒

Saguhati Kelulusan SPM (Tingkatan 6 & Sijil)

Lulus SPM & sambung Tingkatan 6: RM100.00. | Lulus SPM & sambung Peringkat Sijil | Tempoh 1 tahun: RM70.00. | Tempoh lebih 1 tahun: RM100.00.

Saguhati Pendidikan Tinggi (Diploma & Ijazah)

Lulus SPM & sambung Diploma (Dalam Negeri): RM100.00. | Mengambil Peperiksaan Peringkat Diploma Lanjutan / Ijazah: RM100.00. | Lulus STPM & sambung ke Universiti Luar Negeri: RM100.00.


Bersedia untuk Menyertai?

Sertai PKP PKNS hari ini dan nikmati semua faedah yang tersedia untuk anda.

Daftar Sekarang →