HEBAHAN SEMULA KAJI SELIDIK PKP : PROGRAM BERKHATAN BAGI TAHUN 2026
Assalamualaikum w.b.t Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Pekerja (PKP) melalui Biro Pembangunan Insan (BPI) bakal menganjurkan PROGRAM BERKHATAN BAGI TAHUN 2026. Program ini terbuka kepada semua anak anggota dan syarikat anak yang berminat dan berumur 6 tahun ke atas sahaja. Butiran adalah seperti berikut :
Maklumat program adalah seperti berikut :
Tarikh : Cuti sekolah Disember 2026.
Tempat : Blok A, Tingkat 4, Dewan Aster, HQ PKNS
Bayaran : Akan dimaklumkan kemudian (Harga termasuk Subsidi PKP)
Kaedah Berkhatan : Laser
Sehubungan itu, kerjasama pihak Tuan / Puan adalah dipohon untuk mengisi borang kaji selidik yang disediakan. Pautan Kaji Selidik adalah seperti berikut : https://forms.gle/zkWC9F74VH9c5krm6
Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan / Puan amat dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih. Mohon kaji selidik ini dipanjangkan kepada anggota bahagian Tuan / Puan. Sekian.
Terima Kasih Pengerusi BPI & CSR PKP