KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (KKP) KEMENTERIAN EKONOMI BILANGAN 1 TAHUN 2026
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (KKP) KEMENTERIAN EKONOMI BILANGAN 1 TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Ekonomi melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan (KKP) Bilangan 1 Tahun 2026. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan yang berurusan dan menggunakan perkhidmatan Kementerian Ekonomi termasuk perkhidmatan penyampaian kepada pelanggan.
3. Sehubungan itu, pihak UKK selaku urus setia bagi KKP Kementerian Ekonomi ingin memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan untuk memberikan maklum balas dengan melengkapkan kajian tersebut melalui pautan yang disediakan serta memanjangkan kajian ini kepada semua warga kementerian, jabatan dan agensi di bawah kementerian masing-masing melalui saluran komunikasi sedia ada.
4. Bersama-sama ini disertakan pautan kajian melalui https://forms.gle/d1Ne27NdQRnf4yvA9 atau mengimbas kod QR seperti di poster bagi maklum balas kajian dan hebahan. Kajian ini dijalankan bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2026.
5. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Kajian Kepuasan Pelanggan ini, pihak YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Nurul Liyana binti Kamaruddin di talian 03 8090 2090 atau Cik Nur Hidayah binti Mohd Zuki di talian 03 8090 2095.
6. Segala kerjasama pihak YBhg. Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.